KUNJUNGAN HORMAT SETIAUSAHA POLITIK MENTERI DALAM NEGERI

Saya menyertai Kunjungan Hormat Setiausaha Politik Menteri Dalam Negeri ke Pejabat Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Pulau Pinang. Puan Elmariah Chung selaku Pengarah AADK Negeri Pulau Pinang berkongsi maklumat berkenaan program-program yang telah dijalankan dan peranan jabatan.

Turut dikongsikan ialah peranan SKUAD Antidadah, cara pemilihan Jawatankuasa dan peranan badan sukarelawan ini. Satu lawatan ke Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Kg. Selamat dan Bukit Mertajam akan diselaraskan oleh AADK Negeri Pulau Pinang pada bulan Disember. Lawatan ke PUSPEN ini dicadangkan sendiri oleh Pengarah.

Banyak maklumat yang diperolehi daripada pertemuan ini. Saya memberikan komitmen untuk bekerjasama dengan AADK jika berpeluang untuk menganjurkan program bersama.

Membasmi Dadah Adalah Tanggungjawab Kita Bersama..!!

ZAINUDDIN MOHAMED
Ahli Majlis
Majlis Bandaraya Seberang Perai

#BersamaZM
#MalaysiaMadani
#AADK