KUNJUNGAN HORMAT SETIAUSAHA POLITIK MENTERI DALAM NEGERI

Saya menyertai Kunjungan Hormat Setiausaha Politik Menteri Dalam Negeri ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara. Selain mendapatkan maklumat berkenaan kadar jenayah di Seberang Perai Utara secara amnya dan Kepala Batas secara khususnya pelbagai isu lain turut dibincangkan. Diantaranya ialah isu jenayah atas talian yang turut memangsakan golongan cerdik pandai dan isu kecurian kabel telekom yang sering berlaku.

Beberapa hal berkait dengan Pihak Berkuasa Tempatan turut disentuh. Ini merupakan perjumpaan pertama saya bersama ACP Mohd Asri Bin Shafie, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara. Satu pertemuan yang sangat bermanfaat. Terima kasih Ybhg tuan Johari Kassim kerana sudi melibatkan saya dalam kunjungan hormat ini. Turut hadir ialah Ustaz Muhasdey Muhamad selaku Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Kepala Batas.

ZAINUDDIN MOHAMED
Ahli Majlis
Majlis Bandaraya Seberang Perai

#BersamaZM
#MalaysiaMadani
#PDRM
#KDN