MAJLIS MAKAN MALAM MPKK JALAN KEDAH

Memenuhi undangan MPKK Jalan Kedah ke Majlis Makan Malam. Ini merupakan kali pertama saya berkumpul semula bersama Jawatankuasa MPKK Jalan Kedah sejak PRN yang lalu. Sempat memberikan ucapan ringkas sebelum menjamu selera.

Saya menghargai usaha jawatankuasa dalam menyediakan dana bagi menjayakan majlis makan malam mereka. Sebagai tanda sokongan saya menyerahkan sedikit sumbangan tunai kepada Cikgu Jalil selaku Pengerusi MPKK Jalan Kedah bagi menampung perbelanjaan majlis makan malam.

Tahniah saya ucapkan kepada seluruh barisan jawatankuasa yang sentiasa komited dalam menjalankan tanggungjawab. Semoga terus konsisten dalam membantu rakyat dan berperanan dengan efektif.

ZAINUDDIN MOHAMED
Ahli Majlis
Majlis Bandaraya Seberang Perai