Hadir ke Program Quality Appreciation Sempena Sambutan Hari Bandaraya ke-4 tahun 2023 di Dewan Kenanga MBSP Perda. Tahniah kepada semua penerima anugerah yang berjaya menampilkan kualiti khidmat yang terpuji dan harus menjadi contoh serta mengisnpirasikan warga MBSP yang lain.
Menghadiri Majlis Pelancaran CCTV Pemantauan Sampah Mudah Alih - Watch You yang disempurnakan oleh YB Tuan H'ng Mooi Lye EXCO Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa di Dewan Kenanga, MBSP Perda. MBSP telah meletakkan kamera CCTV berteknologi tinggi "WATCH…
Bersama pihak MBSP dan Puan Hidayah, MPKK Tasek Chempedak melawat ke Tasek Chempedak berikutan aduan penduduk berkenaan lokasi tong sampah yang sangat hampir dengan kawasan perumahan, tadika dan gerai jualan. Tong sampah tersebut akan dialihkan ke tempat yang lebih sesuai…
Menyaksikan Majlis Angkat Sumpah Penerimaan Jawatan Ahli Majlis MBSP sesi 2023/2024 di Dewan Kenanga MBSP Perda. Semoga dapat menjalankan amanah yang diberikan dengan sebaiknya demi kesejahteraan dan kebajikan rakyat.
Hadir ke Majlis Penyampaian Hadiah sempena "MBSP Treasure Hunt 2023" di Tapak Perhimpunan Korporat, Menara Bandaraya MBSP. Tahniah saya ucapkan kepada semua peserta yang menyahut cabaran dan berjaya menamatkan pemburuan di sepanjang laluan Seberang Perai.
Pada tarikh tersebut, saya melawat ke kebun Vitrox Agritech bersama Jabatan Perkhidmatan Perbandaran, Majlis Bandaraya Seberang Perai. Terdapat pelbagai tanaman sayuran seperti Park choy, kangkung, roselle, sawi dan kailan di situ. Kebun ini juga mengaplikasikan teknologi dalam penanaman mereka seperti…
Menerima aduan kerusi menunggu pesakit tidak mencukupi di Wad 1, Hospital Sungai Bakap. Alhamdulillah, saya mengambil inisiatif untuk menyerahkan sumbangan kerusi untuk waris menunggu di Hospital Sungai Bakap. Semoga dengan sumbangan ini dapat memberikan keselesaan kepada warga hospital serta pesakit…
Pada tarikh tersebut saya membuat lawatan ke Taman Seri Emas setelah menerima beberapa aduan daripada penduduk di sana. Isu yang dibangkitkan penduduk termasuk berkenaan tong sampah yang tidak diletakkan di tempat asal oleh pihak lori sampah setelah mengutip sampah, tiang…
Menerima aduan berkenaan mendapan Jalan Raya di Lorong 10 dan 12 Taman Halaman Indah Sg Jawi. Saya bersama pasukan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Nibong Tebal, wakil MPKK Changkat Dain telah melawat kawasan mendapan yang berlaku. Pihak Indah Water dan En…
Pada tarikh tersebut saya dan pasukan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Nibong Tebal datang melawat tapak Rumah Pam Air di Taman Seruling Emas yang terpaksa dihentikan pembinaan buat sementara waktu selepas pihak TNB mengeluarkan notis bahawa bangunan tetap tidak boleh dibina…