Pada tarikh tersebut saya dan pasukan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Nibong Tebal datang melawat tapak Rumah Pam Air di Taman Seruling Emas yang terpaksa dihentikan pembinaan buat sementara waktu selepas pihak TNB mengeluarkan notis bahawa bangunan tetap tidak boleh dibina di bawah pencawang elektrik.
Pihak Perbadanan Bekala Air Pulau Pinang dan TNB telah pun berjumpa dan mencari jalan penyelesaian untuk isu ini. Pejabat Parlimen Nibong Tebal juga telah menghantar surat kepada TNB untuk membenarkan rumah pam ini dibina.
Projek Tangki Sedutan ini akan ditersukan apabila pihak TNB selesai membuat penilaian supaya pembinaan tersebut tidak akan menggangu operasi pencawang serta selamat kepada penduduk sekitar. Kita memahmi kepentingan projek ini bagi penyaluran bekalan air ke kawasan kediaman yang seringkali berlaku masalah gangguan bekalan air.