MERASMIKAN KARNIVAL BOLA SEPAK GRASSROOTS PIALA TIMBALAN MENTERI BELIA & SUKAN
MERASMIKAN KARNIVAL BOLA SEPAK GRASSROOTS PIALA TIMBALAN MENTERI BELIA & SUKAN
📍AWM Sports Arena, Jawi
Minggu lalu, saya berkesempatan mewakil YB Tuan Adam Adli merasmikan
Kejohanan Bola Sepak Piala Timbalan Menteri Belia dan Sukan Tahun 2023 yang telah berlangsung di AWM Sports Arena, Jawi.
Hanmpir 48 pasukan yang mengambil bahagian terdiri daripada 3 kategori umur iaitu bawah 8,10 dan 12 tahun.
Terima kasih diucapkan atas sambutan dan penglibatan yang sangat menggalakkan dari semua pihak.
Saya juga ingin merakamkan ucapan penghargaan serta terima kasih kepada jawatankuasa penganjur iaitu pihak Akademi Bola Sepak Wira Muda kerana sudi menjemput saya bagi majlis perasmian kejohanan pada hari ini.
Kejohanan Bola Sepak pada hari ini hanya merupakan acara yang bermakna dimana kita semua berpeluang untuk sama- sama melibatkan diri berusaha bersungguh-sungguh untuk menyatakan komitmen kita kepada pasukan yang kita wakili.
Namun begitu, bagi saya, apa yang lebih penting di sini ialah kejayaan menganjurkan acara ini adalah salah satu usaha untuk mewujudkan semangat perpaduan, muafakat dan kesungguhan untuk mencapai sesuatu tujuan untuk dikongsi bersama- sama.
Saya percaya, kejohanan besar yang diadakan seperti ini, akan dapat membantu mencungkil bakat pemain bola sepak sejak dari peringkat akar umbi.
Saya turut dimaklumkan bahawa ada dikalangan pemain kelab Akademi Wira Muda yang pada hari ini telah menerima surat tawaran untuk menyertai AKADEMI BOLA SEPAK MOKHTAR DAHARI untuk seisi 2024. Tahniah dan Syabas saya ucapkan.
Dalam sesuatu pertandingan, menang atau kalah bukanlah ukuran penting untuk menentukan kualiti sesebuah pasukan, tetapi dinilai dari segi semangat kesukanan bersatu padu, bertoleransi, sikap menerima kekalahan serta meraikan pasukan yang menang. Jadi, saya berharap semua pihak yang terlibat pada kejohanan hari ini dapat menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi ke arah menggalakkan masyarakat membudayakan sukan, meningkatkan keharmonian dan perpaduan dalam kalangan komuniti setempat, sekali gus meningkatkan kemahiran sukan dan kesukarelawanan dalam kalangan komuniti setempat.
MUHAMMAD FADZLI ROSLAN