MENINJAU LONGGOKAN SAMPAH DI SEMBILANG, SEBERANG JAYA
MENINJAU LONGGOKAN SAMPAH DI SEMBILANG, SEBERANG JAYA
📍Kg Bagan Serai ,Sembilang, Seberang Jaya.
Semalam saya bersama Pengerusi MPKK Sembilang, En Khairul serta jawatankuasa MPKK dan Encik Talib wakil penduduk meninjau aduan longgokan sampah haram di sekitar Kg Bagan Serai, Sembilang, Seberang Jaya.
Longgokan sampah haram ini membawa bau dan pemandangan yang kurang menyenangkan bagi penduduk – penduduk serta pengunjung yang menggunapakai laluan ini.
Saya mencadangkan supaya satu program gotong royong di antara jabatan-jabatan dari MBSP serta penduduk diadakan disini disamping menempatkan satu pusat pengumpulan sampah setempat yang lain di kawasan sekitar selepas lawatan tapak yang kedua dilaksanakan kelak.
Di samping itu juga, saya mengambil maklum saliran air dan parit di kampung ini yang kurang memuaskan sekaligus menyebabkan banjir berlaku akibat limpahan air apabila hujan lebat.
Saya juga menyarankan supaya pemantauan berterusan dilaksanakan dari pihak pengurusan komuniti dan pihak MPKK supaya perkara seperti ini tidak lagi berulang.
MUHAMMAD FADZLI ROSLAN
Ahli Majlis
Majlis Bandaraya Seberang Perai