LAWATAN TAPAK MELIHAT KERJA-KERJA NAIK TARAF BUMBUNG KOMPLEKS MAKANAN BERTAM INDAH
13 Februari 2024 | Selasa | 10.15 pagi
Kompleks Makanan Bertam Indah
- Saya turun ke tapak melihat kerja-kerja naik taraf bumbung Kompleks Makanan Taman Bertam Indah. Pembaikan bumbung telah siap sepenuhnya. Kerja-kerja berbaki adalah penggantian mozek lantai yang pecah dan beberapa penambahbaikan yang masih perlu dillaksanakan selepas teguran yang saya berikan kepada kontraktor ketika lawatan tapak.
Alhamdulillah, saya berasa lega melihat bumbung baharu. Penyewa gerai tidak perlu bimbang tentang kebocoran bumbung lagi. Kompleks ini dahulunya merupakan kompleks tidak aktif. Selepas inisiataf pemutihan penjaja dilaksana dan penjaja ditempatkan dihadapan kompleks, kini kompleks makanan ini kelihatan lebih meriah. Kompleks makanan ini juga telah bertukar status menjadi kompleks aktif.
Masih terdapat beberapa penambahbaikan perlu dilakukan. Saya akan usahakan penambahbaikan yang perlu secara berperingkat. Semoga usaha ini memberikan keselesaan kepada peniaga dan pengunjung.
ZAINUDDIN MOHAMED
Ahli Majlis
Majlis Bandaraya Seberang Perai
#BersamaZM
#MalaysiaMadani
#BerkhidmatUntukRakyat