PORT SANTAI @ PETAK BENDANG
17 Februari 2024 | Sabtu | 6.00 petang
Kg. Permatang Langsat
Memenuhi undangan Pak Aq, Pengerusi MPKK Permatang Langsat ke Port Santai @ Petak Bendang. Alhamdulillah..ramai dan meriah. Makanan pula secara potluck. Hadiah cabutan bertuah turut disediakan. Saya turut menyumbang hadiah cabutan bertuah untuk program ini.
Saya difahamkan Port Santai di Petak Bendang Kg. Permatang Langsat ini sudah mula dikunjungi orang kampung dan sekitarnya lebih kurang 10 hari yang lalu. Port Santai ini akan terus dibuka kepada orang ramai sehingga bulan tiga sebelum air mula dilepaskan ke bendang.
Idea ini datang daripada sdr Hafizi yang lebih mesra dipanggil Mizi oleh orang kampung. Kawasan bendang turut diserikan dengan pelbagai hiasan. Kesungguhan dan kreativiti mereka yang terlibat harus dipuji. Geng Kopi Khita pun ada memeriahkan suasana dengan hidangan kopi khaw depa.
Sebelum saya pulang ada yang berbisik untuk adakan acara besar-besaran di Petak Bendang tersebut. Saya telah memberikan lampu hijau kepada Pengerusi MPKK Permatang Langsat untuk aturkan. Saya akan berikan sedikit sumbangan bagi menjayakan hasrat penduduk.
Kepada yang belum sampai hampa boleh pi santai-santai bersama keluarga. Kalau nak lepak lama bawa tikar, makanan dan minuman. Boleh berkelah bersama keluarga sambil menikmati suasana bendang..memang sempoi..👍
#BersamaZM
#MalaysiaMadani
#PetakBendang