Pagi ini saya meninjau Jualan Rahmah Bergerak yang dimulakan di Taman Haji Mohd Amin, Seberang Jaya.
Alhamdullilah, sambutan hebat dizahirkan para penduduk dan komuniti disini melalui MPKK Kg Pertama dan MPKK Permatang To’ Kandu.
Saya juga sempat bertemu dan beramah mesra bersama para penduduk dan Jawatankuasa MPKK Kampung Pertama dan MPKK Permatang To Kandu.
Sebagai langkah meringankan sedikit sebanyak beban para pengunjung dan pembeli, saya turut menganjurkan “Happy Hour” potongan harga bagi Ayam dan Beras. Diharap sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban mereka yang memerlukan disini.
Diharap program-program sebegini dapat diteruskan demi manfaat masyarakat dan komuniti setempat secara bersama.
MUHAMMAD FADZLI ROSLAN
Ahli Majlis
Majlis Bandaraya Seberang Perai