ADUAN PERMASALAHAN TEMPAT LETAK KERETA PENIAGA
Medan Selera Pauh Jaya, Seberang Jaya
Semalam saya menerima aduan berkaitan masalah tempat letak kereta bagi peniaga di Medan Selera Taman Pauh Jaya, Seberang Jaya bersama Pengerusi MPKK Jalan Baru, En Zainal Abidin.
Dimaklumkan sebuah karnival akan dianjurkan di sekitar kawasan tersebut dan telahpun mendapat kelulusan dari pihak Majlis Bandaraya Seberang Perai.
Ianya sedikit sebanyak mengganggu lalulintas dan pergerakan bagi peniaga – peniaga disana.
Saya terus bergegas ke tempat tersebut dan bertemu serampang dua mata bersama penganjur karnival dan para peniaga disana.
Alhamdullilah, titik penyelesaian dan kata sepakat secara bersama ditemui di antara saya, penganjur karnival serta peniaga – peniaga menemui solusi secara “menang-menang”.
Saya menyarankan supaya pihak penganjur sentiasa mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh Majlis supaya tidak berlaku sebarang permasalahan.
MUHAMMAD FADZLI ROSLAN
Ahli Majlis
Majlis Bandaraya Seberang Perai