Seusai Mesyuarat Jawatankuasa di MBSP semalam, saya terus bergegas untuk bersama-sama agensi – agensi seperti Pejabat Daerah Tanah SPT, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Zakat Pulau Pinang dan MPKK Tenggiri menyelaras permohonan bagi mangsa – mangsa ribut di sekitar Seberang Jaya.
Saya dikhabarkan lebih 50 buah rumah dibadai ribut disini. Diharap sedikit sebanyak bantuan ini mampu meringankan beban mereka.
Terima kasih buat semua agensi yang bertungkus lumus membanting tulang menjayakan program harini. Juga, tidak dilupakan. Terima kasih buat Puan YB Nurul Izzah Anwar dan pasukan di atas tindakan yang pantas menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa yang terjejas.
Saya turut mendoakan supaya mereka dipermudahkan segenap urusan, insyaallah.
MUHAMMAD FADZLI ROSLAN
Ahli Majlis
Majlis Bandaraya Seberang Perai
<img class="x16dsc37" role="presentation" src="data:;base64,” width=”18″ height=”18″ />
All reactions:
Abshar Nurasyraf, Shahzana Samsudin and 49 others