TAKLIMAT DAN SESI PENDAFTARAN PADU ANJURAN MPKK LADANG MALAKOFF

TAKLIMAT DAN SESI PENDAFTARAN PADU ANJURAN MPKK LADANG MALAKOFF

28 Januari 2024 | Ahad | 1.00 petang
Kabin KRT Zon 2, Lorong Panglima 18

Saya singgah menyantuni jawatankuasa MPKK Ladang Malakoff @ Bertam Perdana di Kabin KRT Zon 2. Tahniah saya ucapkan kepada MPKK di atas inisiatif penganjuran Taklimat dan Sesi Pendaftaran PADU. Anjuran ini turut melibatkan Pejabat Penerangan Daerah SPU, Jabatan Perangkaan, Komuniti Madani Malaysia dan KRT Zon 2.

Saya difahamkan lebih daripada 100 orang hadir ke lokasi untuk pendaftaran PADU. Tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Inisiatif ini sangat bermanfaat buat penduduk sekitar yang tidak tahu bagaimana untuk mendaftar maklumat ketua dan ahli keluarga ke Sistem Pangkalan Data Utama (PADU).

Saya berharap MPKK lain dapat mengambil MPKK Ladang Malakoff @ Bertam Perdana sebagai contoh. Masih belum terlambat untuk laksanakan program ini terutamanya di kawasan kampung dan perumahan kos rendah.

ZAINUDDIN MOHAMED
Ahli Majlis
Majlis Bandaraya Seberang Perai

#BersamaZM
#MalaysiaMadani
#BerkhidmatUntukRakyat
#MPKKLadangMalakoff