SERAHAN SUMBANGAN BARANGAN KEPERLUAN BAGI PERAYAAN DEEPAVALI
Dewan MPKK Tenggiri, Seberang Jaya
Baru – baru ini, saya hadir ke Dewan MPKK Tenggiri Seberang Jaya bersama seluruh jawatankuasa MPKK Tenggiri bagi menyerahkan set barangan keperluan kepada penduduk dan komuniti di sekitar Tenggiri, Seberang Jaya.
Barangan keperluan makanan ini disumbangkan oleh MPKK, pejabat Pn Nurul Izzah dan saya selaku Ahli Majlis kawasan sebagai persediaan awal juga bagi mereka yang bakal menyambut perayaan deepavali.
Diharap ianya sedikit sebanyak meringankan beban mereka yang benar benar memerlukan.
Saya merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih buat MPKK Tenggiri yang sudi bertungkus lumus dan giat aktif membantu masyarakat dan komuniti disini. Syabas dan tahniah !
MUHAMMAD FADZLI ROSLAN
Ahli Majlis
Majlis Bandaraya Seberang Perai