Pagi ini saya dijemput untuk merasmikan Program Jom Santai bersama Peladang Muda dan Peladang Nita anjuran Pertubuhan Peladang Kawasan Tasek di Peladang Outlet, Tasek.
Program Jualan Agro Madani turut diadakan dalam usaha untuk meringankan beban pengguna dalam menangani krisis ekonomi dan bekalan makanan.
Lebih 10 reruai dibuka dengan menawarkan produk- produk bumiputra dan tempatan. Lebih 1000 kampit beras tempatan turut dijual dalam Program hari ini.
Saya memberi jaminan bahawa Kerajaan Malaysia Madani komited dalam menangani isu bekalan dan keterjaminan makanan terutamanya dalam melibatkan makanan ruji seperti beras dan sebagainya.
Semoga program-program sebegini dapat diteruskan demi manfaat komuniti dan masyarakat setempat di masa akan datang.
MUHAMMAD FADZLI ROSLAN
Ahli Majlis Bandaraya Seberang Perai