Minggu lepas satu mesyuarat perjumpaan telah diadakan diantara Jabatan Pesuruhjaya Bangunan COB MBSP, pihak pemaju dan penghuni di Vertu Resort bagi membincang dan menyelaraskan beberapa isu yang dibangkitkan.
Saya dan Ahli Majlis MBPS, Puan Rachel CY Teh turut hadir dan menyampaikan pandangan kami.
Sesi perjumpaan tersebut merupakan satu inisiatif yang baik dimana ia bukan sahaja membekalkan satu platform komunikasi dan juga membantu pihak-pihak mencapai kesefahaman demi kepentingan bersama.