
MERASMIKAN MAJLIS PENUTUP KARNIVAL UDA

Ahad lepas, saya berkesempatan untuk hadir dan bersama-sama dalam Majlis Perasmian Penutup Karnival UDA 2023 di negeri Pulau Pinang, anjuran UDA Holdings Berhad.
Karnival ini merupakan langkah UDA untuk mendekati serta memberi pendedahan kepada masyarakat berkenaan produk hartanah UDA.
Saya juga sempat menyantuni para pengunjung dan peniaga peniaga disini yang rata ratanya dari kategori kecil dan sederhana.
Untuk pengetahuan, karnival ini juga memberi ruang dan peluang kepada usahawan UDA dan rakan kolaborasi memasarkan produk dan perkhidmatan mereka kepada umum dan komuniti dengan lebih meluas.
Diharap program program begini dapat diteruskan demi manfaat warga Pulau Pinang dan Seberang Jaya khususnya.
MUHAMMAD FADZLI ROSLAN
Ahli Majlis
Majlis Bandaraya Seberang Perai