Majlis meraikan masyarakat cina Kadun Teluk Ayer Tawar sempena Perayaan Tahun Baru Cina dan Chap Goh Mei telah di adakan pada 23hb Februari 2024. Seramai 100 orang penduduk yang hadir dari 3 kawasan iaitu Taman Senangan, Taman Perkasa dan Taman Berlian.
Tiga kawasan ini telah menyumbangkan undi terbanyak kepada calon PKR semasa PRN yang lepas. Saya menyediakan sedikit angpao serta limau kepada 100 orang yang hadir. Terima kasih kepada En Ahmad PPK Telok Ayer Tawar yang turit hadir memeriahkan majlis.