MENINJAU KES KEBAKARAN KECIL DI ASTAKA BANDAR PERDA
Astaka Bandar Perda, Seberang Jaya
Seusai mesyuarat di MBSP, saya turun meninjau kes kebakaran kecil di Astaka Bandar Perda bersama Pusat Khidmat Penyelaras DUN Seberang Jaya tadi dan Pejabat YBhg Puan Nurul Izzah Anwar.
Dikhabarkan kebakaran berpunca dari kerosakan kepala gas di gerai G3-23 Astaka Bandar Perda.
Alhamdullilah, tiada kemalangan jiwa mahupun kecederaan dilaporkan.
Insyaallah permasalahan ini akan saya selesaikan dibawah bidang kuasa saya selaku Ahli Majlis kawasan.
Terima kasih diucapkan buat pihak Bomba dan Pusat Khidmat Penyelaras DUN Seberang Jaya serta Pejabat YBhg Puan Nurul Izzah Anwar atas tindakan dan tinjauan pantas.
Semoga pemilik gerai tabah dalam menghadapi ujian ini.
MUHAMMAD FADZLI BIN ROSLAN
Ahli Majlis
Majlis Bandaraya Seberang Perai