Hadir ke Majlis Pelancaran MyEduID’s Zero Fake Certificate Campaign di Masverse Web 3.0 Hub, Auto City, Prai, Penang.
Sempena pelancaran ini juga diadakan forum bertajuk ‘Bridging the Trust Gap: Solution for a More Reliable Verification System’.
Zero Fake Certificate ini dapat memberi pengesahan kepada majikan bahawa sijil yang dipamerkan oleh individu samada tiruan atau benar. Jelas menunjukkan teknologi pada masa kini boleh lakukan apa sahaja untuk kepentingan peribadi.
Alhamdulillah, banyak ilmu bermanfaat yang dapat saya peroleh dari program ini ke arah aplikasi teknologi untuk masa depan yang lebih baik.