Ahad yang lepas saya telah turun ke Flat Taman Gamelan Indah bersama MPKK Sg Bakap Utara, untuk mengedar notis gotong royong dan ubat nyamuk kepada penduduk bagi menangani isu nyamuk aedes di kawasan.
melalui perjumpaan bersama MPKK dan penduduk, juga kami bincangkan beberapa aduan di kawasan tersebut dimana saya akan membawa ke dalam mesyuarat MBSP.
Bagi warga yang telah menerima edaran, saya menyeru agar semua dapat memberikan sokongan sepenuhnya dan turut serta dalam aktiviti gotong-royong yang akan datang. Mari kita bersama-sama memastikan kejayaan dan keberkesanan setiap inisiatif untuk kesejahteraan komuniti kita.
Terima kasih juga kepada pihak KKM yang turun membantu.
Tujuan: Mengeratkan hubungan dengan penduduk tempatan, menyakinkan mereka untuk menyokong terus perjuanganKeadilan