Pada tarikh tersebut, saya melawat ke kebun Vitrox Agritech bersama Jabatan Perkhidmatan Perbandaran, Majlis Bandaraya Seberang Perai. Terdapat pelbagai tanaman sayuran seperti Park choy, kangkung, roselle, sawi dan kailan di situ. Kebun ini juga mengaplikasikan teknologi dalam penanaman mereka seperti menggunakan robot untuk menyiram air ke tanaman.
Penggunaan teknologi ini telah banyak memudahkan proses penanaman dan mengurangkan kos tenaga buruh. Selain itu, hasil pengeluaran juga dapat ditingkatkan kerana boleh melibatkan ladang lebih luas.