MELAWAT KAWASAN YANG KERAP DILANDA BANJIR

Saya telah mendapat aduan daripada penduduk Jalan 2, Taman Seruling Emas yang kerap dilanda banjir. Isu ini telah lama wujud dan pihak MBSP telah membentang bajet untuk menaiktaraf longkang di kawasan perumahan ini. 

Saya telah berhubung dengan DR Nasran dari Unit Projek Jabatan Kejuruteraan MBSP untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi perkara ini untuk diketengahkan. 

Penyelengaraan dan baik pulih longkang adalah salah satu langkah yang paling penting untuk mengatasi masalah ini. Kita juga perlu memastikan bahawa longkang yang sedia ada diperbaiki dan diperluaskan untuk meningkatkan aliran air.