MAJLIS SAMBUTAN PERAYAAN TAHUN BARU CINA MIAO HUI 2024

Menghadiri Majlis Perasmian Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina Miao Hui Tahun 2024 bersama rakan-rakan Ahli Majlis Majlis Bandaraya Pulau Pinang.

Turut hadir bersama ialah TYT Tun Dato Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak dan YABhg Toh Puan Dato Seri Utama Khadijah binti Mohd Noor, YAB Tuan Chow Kon Yeow Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Tuan Wong Hon Wai Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Pulau Pinang, YBhg Dato Leong Keng Fei Pengerusi Majlis Klan Cina Pulau Pinang dan tetamu-tetamu jemputan.

Untuk makluman semua, Miao Hui Pulau Pinang merupakan acara tahunan yang bersejarah bagi masyarakat Pulau Pinang yang diadakan selama 25 tahun sejak tahun 1999.Kira-kira 200,000 ribu pengunjung yang telah membanjiri acara tersebut.

Tahniah dan syabas buat semua warga yang hadir memeriahkan majlis ini.

Ooi Mei Mei
Ahli Majlis
Majlis Bandaraya Pulau Pinang

#OoiMeimei
#AnakMudaBekerja
#KHIDMATuntukTelukBahang
#KHIDMATuntukKebunBunga