MAJLIS SAMBUTAN HARI PENJAJA DAN KOMUNITI PENIAGA TAHUN 2023
Menghadiri Majlis Sambutan Hari Penjaja dan Komuniti Peniaga Tahun 2023. Majlis ini diadakan bagi meraikan dan mengiktiraf para pemenang yang terpilih bagi kategori-kategori yang dipertandingan bagi tahun 2023.
 
Acara sambutan tahunan ini telah menarik perhatian kunjungan ribuan warga bandaraya dan para pelancong. Pelbagai gerai jualan makanan juga telah diadakan di tapak.
 
Syabas dan tahniah diucapkan kepada para pemenang yang telah berjaya mempamerkan prestasi yang cemerlang. Tidak lupa juga pasukan MBPP yang bertungkus-lumus menjayakan program.
 
Ooi Mei Mei
Ahli Majlis
Majlis Bandaraya Pulau Pinang