MAJLIS PERASMIAN PINTU GERBANG PERTAMA DI SEBERANG PERAI

MAJLIS PERASMIAN PINTU GERBANG PERTAMA DI SEBERANG PERAI

29 Januari 2024 | Isnin | 8.30 malam
Berhadapan Wisma UMNO Kepala Batas

Pintu gerbang pertama di Seberang Perai telah dirasmikan oleh YAB Tuan Chow Kon Yeow (Ketua Menteri Pulau Pinang). Turut hadir bersama dalam majlis perasmian ini ialah YB Tuan Zairil Khir Johari (EXCO Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital Negeri Pulau Pinang), YB Dato’ Seri Reezal Merican Bin Naina Merican (ADUN Bertam), YBhg. Dato’ Azhar bin Hj Arshad (Datuk Bandar Seberang Perai) rakan-rakan Ahli Majlis MBSP, Tuan Setiausaha Bandaraya, ketua-ketua Jabatan serta pegawai kanan agensi terlibat dan warga Kepala Batas.

Projek pintu gerbang Kepala Batas merupakan yang pertama dilaksanakan oleh MBSP dan ianya merupakan salah satu daripada tiga (3) projek yang telah diluluskan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada tahun 2022. Pintu gerbang ini kini menjadi mercu tanda masuk ke Negeri Pulau Pinang dari utara tanah air. Projek ini telah bermula pada 22 Mac 2023 dan disiapkan sepenuhnya pada 21 Disember 2023 dengan menggunakan peruntukkan daripada KPKT dan MBSP.

Pintu gerbang ini mempunyai ciri-ciri pembinaan berbentuk minimalisme melengkung. Sumber tenaga Lampu LED dan logo-logo di pintu gerbang disalurkan melalui tenaga solar. Di dalam rekabentuk pintu gerbang ini juga terdapat replika berbentuk Jambatan Pulau Pinang yang menjadi mercu tanda Negeri Pulau Pinang.

Pintu gerbang ini secara tidak langsung dapat memberikan satu identiti dan ikonik baharu kepada penduduk Kepala Batas. Semoga usaha ini dapat merancakkan lagi industri Pelancongan di Seberang Perai serta dapat merealisasikan visi Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui sasaran Penang2030 “A Family-Focused Green and Smart States That Inspires The Nation”.

ZAINUDDIN MOHAMED
Ahli Majlis
Majlis Bandaraya Seberang Perai

#BersamaZM
#MalaysiaMadani
#MBSP
#KPKT