MAJLIS PERASMIAN ARCA SEMPENA SAMBUTAN 50 TAHUN JUBLI EMAS -TAMAN BANDARAYA PULAU PINANG

Mengakhiri Tahun 2023 dengan menghadiri Majlis Sambutan Jubli Emas Taman Bandaraya Pulau Pinang di Taman Bandaraya semalam.

Makluman semua Taman Bandaraya Pulau Pinang imi pernah dikenali sebagai Taman Belia kira-kira 50 tahun lepas dan semalam Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah menyambut sambutan jubli emas taman ini. Perkara yang amat mengembirakan kali ini adalah Taman Bandaraya tersebut sebelum ini dibuka mulai 7 pagi hingga 7 malam sahaja, namun akan dilanjutkN sehingga 1p malam selaras dengan maklum balas warga negeri yang inginkan taman awam tersebut dibuka serta lengkap dengan kemudahan pencahayaan pada sebelah malam.

Majlis ini dirasmikan oleh YAB Tuan Chow Kon Yeow Ketua Menteri Pulau Pinang. Majlis ini juga dihadiri oleh Dato Seri Dr Mohamad Anwar Fazal pengasas Taman Belia, Datuk Bandaraya MBPP Dato Ir Rajendran , Setiausaha Bandaraya Sr Cheong Chee Hong , rakan ahli majlis MBPP, para wakil ngo serta hadirin yang lain.

Pelbagai program turut diadakan bersama seperti kejohanan bola jaring, lukisan mural, zumba dan lain-lain.

Tahniah dan syabas juga buat pasukan MBPP yang bertungkus lumus menjayakan program. Terima kasih juga buat semua yang hadir memeriahkan program.

Ooi Mei Mei

Ahli Majlis 

Majlis Bandaraya Pulau Pinang

 

#OoiMeimei
#AnakMudaBekerja
#KHIDMATuntukKebunBunga
#KHIDMATuntukTelukBahang