Majlis Angkat Sumpah Pelantikan Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP)
Terima kasih kepada Majlis Pimpinan Negeri Parti KEADILAN Rakyat Pulau Pinang di atas kepercayaan kepada saya untuk menggalas tanggungjawab dan amanah sebagai Ahli Majlis MBSP Sesi 2023/2024.
Terima kasih juga kepada kepimpinan KEADILAN Cabang Batu Kawan yang sentiasa memberi dorongan dan sokongan kepada saya untuk berkhidmat kepada rakyat.
Dengan bantuan MBSP dan sokongan dari rakan-rakan Ahli Majlis yang lain, saya akan cuba memberi perkhidmatan yang terbaik kepada komuniti setempat serta melaksanakan tugasnya dengan penuh dedikasi dan integriti.
Terima kasih juga buat seluruh keluarga, saudara mara, sahabat & kenalan yang sentiasa mendoakan kejayaan saya