LAWATAN TAPAK MELIHAT KEMAJUAN KERJA-KERJA PEMBAIKAN BUMBUNG KOMPLEKS MAKANAN TAMAN BERTAM INDAH

Saya meluangkan masa turun ke tapak melihat kemajuan kerja-kerja pembaikan bumbung. Setakat maklum balas yang saya terima daripada peniaga kerja-kerja pembaikan tidak mengganggu mereka. Walaubagaimanapun terdapat permintaan daripada peniaga untuk kontraktor bersihkan longkang kerana bimbang sisa bumbung yang jatuh ke dalam longkang menghalang aliran air. Telah saya panjangkan kepada Jabatan Kejuruteraan MBSP untuk tindakan lanjut.

Saya turut mengedarkan apron kepada peniaga dan bertanyakan khabar mereka. Alhamdulillah, seronok mendengar apabila beberapa peniaga memaklumkan sejak pindah ke bawah perniagaan mereka semakin laris dan pengunjung pula semakin bertambah. Saya berharap perniagaan di Kompleks Makanan Taman Bertam Indah ini terus berkembang maju.

ZAINUDDIN MOHAMED
Ahli Majlis
Majlis Bandaraya Seberang Perai

#BersamaZM
#MalaysiaMadani
#BerkhidmatUntukRakyat