LAWATAN TAPAK KAWASAN BANJIR DI PUTERI GUNUNG

Saya telah menghadiri kawasan yang telah mengalami banjir akibat hujan turun pada saat yang sama ketika air sedang pasang. Kawasan yang terkena banjir adalah Petronas Puteri Gunung, Flat Mutiara Jaya dan Kg Sepulau. 

MBSP sedang melakukan kajian di kawasan Flat Mutiara Jaya untuk aliran bypass

JPS akan melantik perunding untuk melakukan kajian menyeluruh bagi RTB Sg Junjong dan Simpang Ampat. Kami juga telah memberikan bantuan makanan kepada penduduk Kg Sepulau.