LAWATAN KE GYMNASIUM KOMPLEKS SUKAN MBSP

Saya singgah ke Gymnasium Kompleks Sukan MBSP. Gymnasium ini akan ditutup sementara bagi memberi ruang kepada kerja-kerja penyelenggaraan. Penutupan bermula 21 November sehingga 3 Disember 2023.

Ruang Gym kini lebih besar dan selesa. Lebih daripada RM48,000.00 telah diperuntukkan oleh MBSP melalui Jabatan Perkhidmatan Komuniti bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan pemasangan 18 peralatan baharu.

Saya berpandangan beberapa penambahbaikan masih perlu dilakukan seperti penambahan lampu untuk pencahayaan yang lebih baik, diding perlu dicat semula dan beberapa penambahbaikan lain. Saya bercadang untuk kembali ke Gym selepas hampir 1 tahun tidak menjejakkan kaki. InsyaAllah sebaik kerja-kerja penyelenggaraan selesai saya akan menyertai Wan Powerarm dan rakan-rakan.

Masa bergambar tiba-tiba terasa diri ni kecil.

Haha. Cemburu pulak tengok badan orang berketul-ketul ni.. InsyaAllah kita bina semula..😁 Seperti yang saya janjikan, saya akan berikan sedikit fokus kepasa Gymnasium ini dan bantu untuk meyediakan beberapa set kerusi dan meja untuk keselesaan pengunjung.
Body Building Mode ON..💪

ZAINUDDIN MOHAMED
Ahli Majlis
Majlis Bandaraya Seberang Perai
#BersamaZM
#MalaysiaMadani
#BodyBuilder