Pengenalan Diri
Saya telah mendaftar sebagai anggota Parti Keadilan Rakyat sejak saya saya tinggal di Permatang Pauh. Ayah saya aktif melibatkan diri dengan kerja-kerja politik namun saya tidak mempunyai minat untuk bersama kerana Ketika itu saya memberikan fokus kepada dunia bola sepak dan Sukan Taekwondo. Saya sangat aktif dengan kedua-dua sukan tersebut. Saya berpindah ke Kepala Batas pada tahun 2011 dan berkahwin pada tahun 2022. Memandangkan saya telah memilih untuk menetap di Bertam Perdana 3, saya mula bergiat aktif dalam persatuan penduduk. Saya dilantik sebagai Setiausaha persatuan penduduk. Di atas komitmen saya yang baik jawatan itu kekal sehingga ke hari ini.
Dalam satu program komuniti, saya bertemu dengan seorang insan bernama Muhasdey Muhamad, Penyelaras KADUN Pinang Tunggal, juga merupakan angota Parti Keadilan Rakyat. Beliau mengajak saya untuk bergerak bersama beliau dalam program-program kemasyarakatan. Saya sedar bahawa jika saya bersetuju bermakna saya akan mula melangkah ke dunia politik. Saya mengambil sedikit masa memikirkannya. Saya mula bertanyakan beberapa solan terhadap diri sendiri untuk mencari alasan yang kuat kenapa saya perlu bersetuju untuk memulakan sesuatu yang baharu dalam hidup kerana saya Ketika itu sangat sibuk dengan kerjaya. Selepas berbincang dengan isteri saya membuat keputusan untuk melangkah kaki ke dunia politik walaupun sebagai anggota biasa yang bergerak dalam program masyarakat. Sebab utama yang mendorong saya membuat keputusan ini adalah selepas merasakan saya perlu bertanggungjawab dalam menyumbang kepada agenda reformasi yang dibawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim demi membina Malaysia yang lebih baik.
Saya bermula sebagai anggota biasa dan kemudiannya dipertanggungjawabkan sebagai wakil calon Dato’ Ir. Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman pada PRU-14. Alhamdulillah hasil kerja kuat dan komitmen penuh yang saya berikan calon KEADILAN di N03 DUN Pinang Tunggal beroleh kejayaan dan diangkat sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang. Saya kemudiannya memasuki pemilihan parti pada tahun 2018 dan dipilih sebagai Ketua Angkatan Muda Keadilan Cabang Kepala Batas. Saya kemudiannya ditawarkan jawatan sebagai Pengerusi Biro Pekerja & Industri 4.0 oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia. Pada tahun 2020 pula saya telah dipertanggungjawabkan sebagai Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Seberang Perai. Pelbagai Pembangunan serta penambahbaikan telah saya lakukan terutamanya di Kepala Batas. Seluruh warga MBSP tahu bagaiman sikap dan kesungguhan saya dalam memikul tanggungjawab sebagai Ahli Majlis. Saya memanfaatkan sepenuhnya bidang kuasa serta autoriti yang ada pada saya untuk membantu penduduk Kepala Batas. Hasil kerja saya boleh dilihat dengan jelas. Pengalaman saya dalam bidang elektrik serta pentadbiran di syarikat banyak membantu saya dalam mencapai kejayaan dalam dunia politik.
Kini saya telah diumumkan sebagai calon Pakatan Harapan di N03 DUN Pinang Tunggal. Sekiranya saya diberikan mandat oleh rakyat sebagi Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang saya pasti akan memperjuangkan hak serta kebajikan rakyat. Pengundi DUN Pinang Tunggal boleh mengikuti aktiviti saya melalui media social saya. Kesungguhan yang saya tunjukkan selama ini akan saya teruskan malah tingkatkan sekiranya mandat diberi. Sebagai seorang yang aktif dalam aktiviti komuniti sukan, saya berasa sangat dekat dengan rakyat, oleh itu saya sangat memahami keperluan mereka. Janji saya ialah saya akan lakukan yang terbaik sekiranya saya berjaya pada Pilihan Raya Negeri kali ini. Sebagai hamba kepada Allah saya berserah.
Latar Belakang Calon
Lahir dan membesar di Permatang Pauh. Beliau mempunyai minat yang mendalam di dalam sukan bola sepak dan taekwondo.
Mempunyai pendidikan bertaraf Diploma Elektrik dan Elektronik.
Berkerja sebagai Pengarah di sebuah syarikat swasta dan kemudian dilantik menjadi Ahli Majlis MBSP pada tahun 2020.
Beliau juga merupakan presiden kelab dan seorang jurulatih tali pinggang hitam taekwondo.
Sila berikan sebarang maklumbalas, cadangan atau aduan, saya sudi mendengar dari anda.
Ketahui jadual calon setiap hari
Anda ingin turut serta membantu saya sebagai PACA? Daftar sekarang.
Paparan laman web hanya menggunakan telefon bimbit dan juga tablet.