LATIHAN MENEMBAK MAJLIS BANDARAYA SEBERANG PERAI
1 Februari 2024 | Khamis | 9.00 pagi
Lapang Sasar, Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim
Pengalaman baharu…!! Hari ni merasa pegang pistol asli. Bukan setakat pegang tetapi berpeluang menembak. Saya telah memohon agar latihan menembak diaturkan oleh MBSP untuk Ahli Majlis sejak awal tahun 2023. Alhamdulillah hasrat tercapai tahun ni.
Terima kasih saya ucapkan kepada BKK (Bahagian Keselematan Komuniti) yang diketuai oleh ASP Amirul Ariff Bin Abdul Rahman di atas usaha ini. Tidak lupa juga kepada Datuk Bandar Seberang Perai dan Setiausaha Bandaraya.
Menembak dengan tepat ni tak semudah yang dilihat. Perlu teknik yang betul dan fokus yang tinggi. Turut hadir bersama dalam latihan menembak ialah YB H’ng Mooi Lye, Exco Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar & Desa. Hebat juga YB Exco. Kebanyakan tembakan semua tepat ke sasaran. Datuk Bandar juga tidak kurang hebatnya.
Mula gian dah ni..haha. Nanti atoq lagi😁
ZAINUDDIN MOHAMED
Ahli Majlis
Majlis Bandaraya Seberang Perai
#BersamaZM
#MalaysiaMadani