Singgah sebentar bertemu dengan dengan Ah Keat di Seberang Jaya dan Ms Lee di Kampung Cross Street sempena Tahun Baru Cina yang bakal menjelang. Terima kasih diucapkan kepada 2 orang senior ini yang banyak memberi tunjuk ajar kepada saya.…
Sumbangan anak pokok pada Sekolah Menengah Islam Ad Diniah Sungai Bakap bersempena gotong royong perdana anjuran pihak sekolah. Penanaman pokok bukan sahaja dapat mencantikkan laman malah dapat menjaga keseimbangan ekosistem bumi.
Wanita KEADILAN Pulau Pinang telah menyerahkan bantuan kain batik dan kain pelikat kepada YB Fadhlina Sidek, Ketua Wanita Pusat di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Nibong Tebal dalam Misi Banjir Pantai Timur Kelantan. Bantuan ini akan disampaikan kepada mangsa-mangsa banjir di…
Bagi menyokong perjuangan pasukan ini bertanding di peringkat Kebangsaan iaitu KOSPEN KRT Bukit Panchor, saya menyerahkan sedikit sumbangan kepada mereka. Selamat Maju Jaya dan berjaya mengahrumkan nama negeri Pulau Pinang denagn kejayaan.
Menyantuni masyarakat di sekitar Bandar Tasek Mutiara. Saya juga turut memberi bakul makanan dan wang sumbangan kepada mereka yang memerlukan.
Menziarahi Saudari Mimi, yang ditimpa keuzuran patah ibu jari kaki akibat terlanggar pintu. Saya berkesempatan untuk memberi sumbangan kerusi roda kepada beliau supaya memudahkan urusan hariannya.
Menyerahkan sumbangan penyaman udara kepada pihak Pusat Khidmat Komuniti Rela SPS (PKKR) Platun Tasek untuk menaiktaraf bilik gerakan mereka. Semoga dengan sumbangan kecil ini dapat memberikan keselesaan kepada masyarakat di sini.
Berkesempatan menyantuni Wira Oren berbangsa India dan menyerahkan sumbangan hamper sempena Deepavali yang akan dirai hujung minggu itu. Wira oren adalah petugas barisan hadapan MBSP yang akan berkhidmat untuk membantu masyarakat apabila berlakunya bencana.
Menerima aduan kerusi menunggu pesakit tidak mencukupi di Wad 1, Hospital Sungai Bakap. Alhamdulillah, saya mengambil inisiatif untuk menyerahkan sumbangan kerusi untuk waris menunggu di Hospital Sungai Bakap. Semoga dengan sumbangan ini dapat memberikan keselesaan kepada warga hospital serta pesakit…
SUMBANGAN SET KERUSI BATU 6 Januari 2024 | Jumaat Saya menyerahkan sumbangan set kerusi batu. Satu set disumbangkan kepada KAFA Sri Syeikh Abdullah Fahim dan satu set lagi kepada Surau Al-Fateh, Pinggiran. Semoga sumbangan ini bermanfaat.. ZAINUDDIN MOHAMEDAhli MajlisMajlis Bandaraya…