Pagi tadi saya menerima aduan berkaitan longgokan sampah haram di Pintas Terubuk, Seberang Jaya.
Selepas menerima aduan saya terus bergegas ke kawasan terbabit bagi meninjau dan mencari penyelesaian terhadap permasalahan yang dibangkitkan ini.
Saya terus menghubungi Encik Rafee dari Jabatan Perkhidmatan Perbandaran bagi menyelesaikan permasalahan tersebut dengan meletakkan papan tanda amaran dan menyelesaikan longgokan sampah tersebut.
Turut bersama, Encik Ibrahim dari MPKK Taman Tun Hussein.
Saya juga menyarankan supaya pemantauan berterusan dilaksanakan dari pihak pengurusan JMB dan pihak MPKK supaya perkara seperti ini tidak lagi berulang.
Terima kasih diucapkan kepada Encik Rafee mewakili Jabatan Perkhidmatan Perbandaran di atas tindakan yang pantas.
MUHAMMAD FADZLI ROSLAN
Ahli Majlis
Majlis Bandaraya Seberang Perai