MENZIARAHI MANGSA KEBAKARAN 4 BUAH RUMAH DI KG PERTAMA
Kg Pertama, Seberang Jaya
Usai Majlis Penuh di MBSP , saya terus bergegas ke Kampung Pertama lokasi kebakaran untuk meninjau sendiri situasi di tempat kemalangan bersama MPKK Tok Kandu selepas menerima aduan dan makluman daripada penduduk setempat.
Sebanyak 4 buah rumah musnah dijilat api namun alhamdulilah tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Saya dimaklumkan En Ismail Aziz antara yang terkesan akibat kesan lecuran akibat kemalangan tersebut yang turut menghidapi penyakit Parkinson dan terlantar lama memerlukan sebuah katil.
Alhamdullilah, sebuah katil telah diusahakan dan beserta bantuan awal dari Zakat dan JKM termasuk lampin pakai buang, toto, peralatan asas dan kerusi roda.
2 pasangan lagi yang turut terjejas juga menerima bantuan awal dan penempatan sementara untuk didiami di Flat Desa Wawasan
Alhamdullilah, syukur dan ribuan terima kasih buat MPKK Permatang Tok Kandu, KEADILAN Permatang Pauh, Pejabat Puan Nurul Izzah, JKM, Zakat Pulau Pinang dan penduduk setempat atas tindakan pantas dan bantuan yang dihulur.
MUHAMMAD FADZLI BIN ROSLAN
Ahli Majlis
Majlis Bandaraya Seberang Perai