Majlis Bandaraya Seberang Perai melalui Jabatan Perkhidmatan Perbandaran telah mengadakan gotong-royong bersama Persatuan Nelayan Kawasan Teluk Air Tawar, Butterworth sambil menjalankan aktiviti kitar semula di Dewan Unit Nelayan Teluk Air Tawar, SPU.
Program gotong-royong bersama unit nelayan ini dimulai dengan taklimat pendidikan mengenai kitar semula oleh pegawai MBSP bagi menerangkan sampah-sampah yang boleh dikitar semula termasuk pukat yang digunakan oleh nelayan. Aktiviti gotong-royong yang diadakan ini melibatkan pembersihan di sekitar kawasan Jeti Nelayan Teluk Air Tawar serta sekitar tebing Sungai Abdul, SPU bagi membersihkan sekitar kawasan jeti sambil menjalankan aktiviti kitar semula.
Program Hijau bersama masyarakat setempat ini telah dihadiri oleh Puan Norly Masitah binti Mohamed Noor, Ahli Majlis MBSP serta turut disertai oleh pegawai kanan MBSP, pihak persatuan nelayan serta penduduk setempat.
Hasilnya, pelbagai sampah yang boleh dikitar semula telah dikumpulkan dan sebanyak 110 kilogram pukat rosak juga telah berjaya dikumpulkan untuk dihantar ke kilang bagi proses kitar semula selanjutnya. Semoga dengan usaha ini kita dapat menerapkan amalan kitar semula dalam kehidupan seharian masyarakat disamping dapat menjaga kebersihan dan melindungi alam sekitar daripada pencemaran sampah yang dihasilkan oleh kita sendiri sehingga merosakkan ekosistem di sekitar kawasan sungai dan pesisir pantai.
https://www.facebook.com/share/p/kYddgaArSioAf1Yy/?mibextid=oFDknk