Isu mengenai keperluan mendesak di bina kotak pembentung di hadapan Sekolah Dato Onn telah saya bangkitkan dalam mesyuarat jawatankuasa bersih indah utara sejak tahun 2021. Pembinaan kotak pembentungan ini harus di segerakan pembinaannya bagi menggelakkan kejadian banjir di Taman Berlian. Hampir 10 tahun penduduk di taman ini terpaksa menghadapi masalah banjir setiap kali musim tengkujuh ataupun bila hujan lebat turun selama 1/2 jam.

Sebanyak 3 lawatan tapak (2021, 2022 & 2023) telah di adakan bersama saya, jabatan kejuruteraan MBSP, JKR SPU, MPKK Jalan Masjis. Hasil dari mesyuarat ini majlis mengeluarkan satu surat beserta design kepada JKRPP untuk JKRPP memohon peruntukan dari Kementerian. Semoga permohonan ini di beri keutamaan dan disegerakan kelulusannya. 

Kawasan MPKK Jalan Masjid ini merupakan kawasan yang PH menang besar.