Saya telah mendaftar sebagai anggota Parti Keadilan Rakyat sejak saya saya tinggal di Permatang Pauh. Ayah saya aktif melibatkan diri dengan kerja-kerja politik namun saya tidak mempunyai minat untuk bersama kerana ketika itu saya memberikan fokus kepada dunia bola sepak dan sukan taekwondo. Saya sangat aktif dengan kedua-dua sukan tersebut. Saya berpindah ke Kepala Batas pada tahun 2011 dan berkahwin pada tahun 2012. Memandangkan saya telah memilih untuk menetap di Bertam Perdana, saya mula bergiat aktif dalam persatuan penduduk. Saya dilantik sebagai Setiausaha Persatuan Komuniti Shahbandar. Di atas komitmen saya yang baik jawatan itu kekal sehingga ke hari ini.
Dalam satu program komuniti, saya bertemu dengan seorang insan bernama Muhasdey Muhamad, Penyelaras KADUN Pinang Tunggal, juga merupakan anggota Parti Keadilan Rakyat. Beliau mengajak saya untuk bergerak bersama beliau dalam program-program kemasyarakatan. Saya sedar bahawa jika saya bersetuju bermakna saya akan mula melangkah ke dunia politik. Saya mengambil sedikit masa memikirkannya. Saya mula bertanyakan beberapa solan terhadap diri sendiri untuk mencari alasan yang kuat kenapa saya perlu bersetuju untuk memulakan sesuatu yang baharu dalam hidup kerana saya ketika itu sangat sibuk dengan kerjaya. Selepas berbincang dengan isteri saya membuat keputusan untuk melangkah kaki ke dunia politik. Sebab utama yang mendorong saya membuat keputusan ini adalah selepas merasakan saya perlu bertanggungjawab dalam menyumbang kepada agenda reform yang dibawa oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim demi membina Malaysia yang lebih baik.
Saya bermula sebagai anggota biasa dan kemudiannya dipertanggungjawabkan sebagai wakil calon Dato’ Ir. Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman pada PRU-14. Alhamdulillah, hasil kerja kuat dan komitmen penuh yang saya berikan calon KEADILAN di N03 DUN Pinang Tunggal beroleh kejayaan dan diangkat sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang. Saya kemudiannya memasuki pemilihan parti pada tahun 2018 dan dipilih sebagai Ketua Angkatan Muda Keadilan Cabang Kepala Batas. Saya kemudiannya ditawarkan jawatan sebagai Pengerusi Biro Pekerja & Industri 4.0 oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia. Pada tahun 2020 pula saya telah dipertanggungjawabkan sebagai Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Seberang Perai. Pelbagai Pembangunan serta penambahbaikan telah saya lakukan terutamanya di Kepala Batas. Seluruh warga MBSP tahu bagaimana sikap dan kesungguhan saya dalam memikul tanggungjawab sebagai Ahli Majlis. Saya memanfaatkan sepenuhnya bidang kuasa serta autoriti yang ada pada saya untuk membantu penduduk Kepala Batas. Hasil kerja saya boleh dilihat dengan jelas. Pengalaman saya dalam bidang elektrik serta pentadbiran di syarikat banyak membantu saya dalam mencapai kejayaan dalam dunia politik.
Kini saya telah diumumkan sebagai calon Pakatan Harapan di N03 DUN Pinang Tunggal. Sekiranya saya diberikan mandat oleh rakyat sebagi Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang saya pasti akan memperjuangkan hak serta kebajikan rakyat sebaiknya. Pengundi DUN Pinang Tunggal boleh mengikuti aktiviti saya melalui media sosial rasmi saya. Kesungguhan yang saya tunjukkan selama ini akan saya teruskan malah tingkatkan sekiranya mandat diberi. Sebagai seorang yang aktif dalam aktiviti komuniti dan sukan saya sangat dekat dengan dengan rakyat oleh itu saya sangat memahami keperluan mereka. Janji saya ialah saya akan lakukan yang terbaik sekiranya saya berjaya pada Pilihan Raya Negeri kali ini. Sebagai hamba kepada Allah saya berserah.
Dilantik sebgai Ahli Majlis Majlis Bandaraya Seberang Perai.
Pulau Pinang
Pulau Pinang
Bermula sebagai juruteknik dan kemudiannya dilantik sebagai Ketua Jabatan Operasi Teknikal di SOCOMEC UPS (M) SDN BHD
Pulau Pinang
Menjadi Presiden Kelab Taekwondo ANZ di atas minat kepada sukan membela diri.
Kepala Batas
Dilantik sebgai Ahli Majlis Majlis Bandaraya Seberang Perai.
2020 - 2023
Dilantik sebagai salah seorang Pengarah Syarikat SOCOMEC UPS (PG) SDN BHD
2019 - Kini
Bermula sebagai juruteknik dan kemudiannya dilantik sebagai Ketua Jabatan Operasi Teknikal di SOCOMEC UPS (M) SDN BHD
2005 - Kini
Menjadi Presiden Kelab Taekwondo ANZ di atas minat kepada sukan membela diri.
2011